12 Mac 2026 – Alhamdulillah, sebanyak sebelas (11) unit kiosk telah diserahkan untuk dimanfaatkan oleh warga universiti melibatkan sembilan (9) fakulti, Pusat Prupel dan Pusat Tamhidi.

Sumbangan kiosk ini merupakan inisiatif kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) & International Future of Education Association (IFEA) hasil jalinan kerjasama yang bermula melalui satu pertemuan pada 7 Mei 2025 yang lalu.

Melalui kerjasama strategik ini, sebanyak 11 unit kiosk berjaya diperoleh bagi menyokong pelbagai aktiviti di fakulti, khususnya dalam membantu persatuan pelajar menjalankan program, keusahawanan dan aktiviti pembangunan mahasiswa.

✨ Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini.