Nilai, 5 Februari 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (PWZ USIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Islam & Pusat Kewangan Lestari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Delegasi Pusat Islam & Pusat Kewangan Lestari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan kunjungan hormat ke PWZ USIM sebagai penanda aras dalam pengurusan zakat, wakaf, infaq dan endowmen.

USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap agar hubungan yang terjalin dapat diteruskan serta diperkasakan melalui pelbagai inisiatif kolaborasi demi manfaat bersama.