Serdang, 5 Februari 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (PWZ USIM) telah mengadakan kunjungan penanda aras ke Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak Universiti Putra Malaysia (WAZAN) bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan wakaf serta zakat di peringkat universiti.
Kunjungan penanda aras pertama ini mewakili seluruh warga kerja PWZ USIM dan bertujuan mendapatkan pendedahan, perkongsian amalan terbaik serta pertukaran pandangan berkaitan pengurusan wakaf, zakat dan infak yang berkesan dan mampan.Delegasi PWZ USIM telah disambut oleh En. Haris bin Dahlan, Pengarah WAZAN, bersama barisan pengurusan WAZAN.
PWZ USIM berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan melalui sesi-sesi susulan bagi memperluas jaringan kolaborasi serta memperkasa peranan wakaf dan zakat dalam pembangunan universiti.