USIM, 26 Jun 2025 – Lawatan dan ramah mesra Pengerusi LPU bersama Kluster Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah diadakan di Galeri Hal Ehwal Pelajar, Bangunan Hal Ehwal Pelajar. Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, Pengarah PWZ dan Prof. Madya Dr. Nur Ainna binti Ramli, Timbalan Pengarah PWZ bersama barisan pegawai PWZ.

YBhg. Tan Sri juga turut meluangkan masa meninjau pameran yang dianjurkan oleh kesemua pusat tanggungjawab di bawah Kluster Hal Ehwal Pelajar dan Alumni termasuk PWZ. Pameran PWZ memfokuskan inisiatif, projek, dan program berimpak tinggi yang telah dan sedang dilaksanakan khususnya berkaitan kebajikan mahasiswa serta memperluas manfaat kepada universiti.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini, PWZ turut menaja jamuan makanan tengah hari untuk para tetamu dan urusetia yang terlibat. Sumbangan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen PWZ dalam menyokong pelaksanaan program universiti, malah memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik dalam memperkasa kesejahteraan dan kebajikan USIM.