11 Mac 2026 – Suasana penuh ukhuwah dan keberkatan mewarnai Majlis Iftar Ramadan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan yang diadakan di Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan. Majlis ini menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Salleh, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) serta Pn. Husna, Penolong Pendaftar Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) yang bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran. PWZ juga turut menaja sumbangan Bakul Ramadan kepada staf Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan
Semoga pertemuan ini terus memperkukuh hubungan kerjasama serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga jabatan, selaras dengan semangat Ramadan yang mengajak kita untuk saling menghargai dan mempererat ukhuwah.
✨ Ramadan disyukuri, ukhuwah diperkukuh.