ππ πππ ππππ β Dengan penuh rasa dukacita, warga Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang pelajar Tahun 1 USIM, Allahyarhamah Nurul Syakirah binti Muhammad Nizam, pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), yang telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kuala LumpurβKarak.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Doa juga dipanjatkan agar ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Sebagai tanda keprihatinan, PWZ USIM telah menyalurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bersama Prof. Madya Dr. Nur Ainna, Timbalan Pengarah PWZ kepada ahli keluarga Allahyarhamah.
Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga serta menjadi tanda sokongan dan solidariti warga universiti.
Al-Fatihah.