2 Mac 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mengadakan Sesi Pengenalan bagi Penyerahan Sumbangan Kiosk bertempat di Pejabat PWZ.
Sesi ini dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi setiap fakulti serta wakil daripada pusat tanggungjawab iaitu Pusat Tamhidi dan Pusat Perumahan Pelajar. Pihak PWZ diwakili oleh Dr. Ainna, Pn. Nurul Husna dan Cik Hakimah.
Dalam sesi tersebut, pihak PWZ memaklumkan penerimaan sumbangan daripada pihak korporat sebanyak sebelas (11) unit kiosk yang akan disalurkan kepada penerima manfaat untuk kegunaan aktiviti pelajar. Inisiatif ini diharap dapat menyokong pembangunan dan keusahawanan pelajar di peringkat universiti.
PWZ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penyumbang, The International Future of Education Association (IFEA) atas sumbangan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan inisiatif ini.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat berpanjangan serta memperkasa agenda kebajikan dan pembangunan mahasiswa USIM.