USIM, 2 Julai 2025 – Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Tamhidi Sesi 2025/2026 yang berlangsung pada 2 Julai 2025 telah menyaksikan kehadiran para pelajar baharu dengan semangat dan harapan baharu dalam memulakan perjalanan akademik mereka di USIM.

Selaras dengan aspirasi USIM untuk membina persekitaran pembelajaran yang inklusif dan mesra OKU, USIM melalui PWZ telah menyalurkan sumbangan bantuan kewangan kepada tiga (3) orang pelajar baharu berkeperluan khas (OKU), sebagai tanda keprihatinan universiti terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Bantuan kewangan ini diberikan kepada pelajar OKU yang mewakili tiga kategori berbeza, iaitu OKU pendengaran, fizikal, dan pertuturan. Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen USIM untuk menyediakan akses pendidikan yang adil dan menyeluruh kepada semua lapisan pelajar, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan.