𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 – Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan sempena Iftar Perdana USIM 1446H/2025 ini merupakan anjuran ASNB dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat serta Pusat Islam USIM. Majlis yang telah berlangsung pada 21 Mac 2025 bertempat di Kompleks Islam Tunku Mukhriz (KITM) ini telah diadakan dengan penuh kesyukuran. Program ini dimulakan dengan Ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal bersama Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud sebagai moderator.

Majlis seterusnya disempurnakan dengan ucapan daripada YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Sharani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengerusi ASNB Wakalah Sdn. Bhd.

Majlis diteruskan dengan majlis penyerahan Dana Manfaat Wakaf berbentuk Tabung Pembangunan Pendidikan USIM yang bernilai RM15,000.00, Sumbangan Komputer Riba kepada 30 Mahasiswa dan Mahasiswi Asnaf bernilai RM90,000.00 dan simbolik serahan sumbangan berjumlah RM150,000 bagi Projek Perolehan Bas USIM. Seterusnya, sesi fotografi bersama para tetamu, wakil ASNB, MAINS, MAIWP, USIM dan diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.

Terima kasih kepada semua para tetamu yang bersama-sama hadir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan juga pelajar USIM yang menerima sumbangan agar menjadi pencetus semangat untuk melakar kejayaan.

Kira, Semak Zakat Anda:
🌐 http://pwz.usim.edu.my/

Jom Menyumbang di PWZ USIM:
Bank Islam:
💳 05058010027178 – (Zakat)
💳 05058010021477 – (Wakaf)
💳 05058010041227 – (Endowmen)

CIMB:
💳 8605974492 – (Infaq)

Bank Kerjasama Rakyat
💳 1101000481 – (Endowmen)

Portal JOM INFAQ USIM:
https://jominfaq.usim.edu.my/
……………………………………………………………………….
Sebarang pertanyaan:
Cik Hakimah : 06-798 0242
Pn. Husna : 06-798 0243
Pn. Zulaika : 06-798 0246