Klang, 27 Mei 2024 – Wakil PWZ telah berkesempatan menziarahi Saudari Anis Syazwani Mohd Sapuan, pelajar tahun 4 Sarjana Muda Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Anis telah ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat latihan industri menyebabkan kecederaan patah tangan dan koyak di bahagian mulut. Beliau telah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani pembedahan pada tangan dan mulut.

Wakil PWZ USIM telah menyerahkan sumbangan kepada Saudari Anis menggunakan dana daripada Tabung USIM Prihatin.
Semoga Allah menyembuhkan secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.