13 Februari 2018 – Majlis Amanat Tahun 2018 yang bertemakan โ€˜Gelombang Barakahโ€™ ini telah berlangsung dengan jayanya. Pada majlis yang sama, Naib Canselor telah melancarkan kad akses setempat kepada pelawat yang terdiri daripada kejiranan, mentor industri dan pelawat OKU bagi memudahkan mereka untuk memasuki kawasan kampus USIM.

Seramai 2000 tetamu telah hadir yang terdiri dari pelajar, staf, wakil komuniti sekitar, wakil dari Sekolah Kluster Sekolah Angkat dan rakan industri USIM. Turut diadakan di lobi dewan adalah pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan jabatan di USIM. Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) juga terlibat dengan pembukaan booth di majlis tersebut. Selain khidmat kiraan zakat, PWZ juga membuka peluang untuk pengunjung menjadi sebahagian penyumbang wakaf USIM dan berkongsi maklumat wakaf dan zakat dengan para pengunjung.