πΊπππππππ, 8 πΆπππ 2026 β Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Jaulah Sukarelawan Semarak Siswa Madani dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk Pusat Islam USIM, Sahabat Faqeh USIM dan Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM. Program yang berlangsung di Surau Al-Ansar, Taman Coral Heights, Seremban ini turut menyaksikan penyertaan PWZ melalui pembukaan booth bagi memperkenalkan peranan, perkhidmatan serta inisiatif PWZ kepada para peserta dan komuniti setempat.
Penyertaan PWZ menjadi platform untuk mendekati masyarakat serta berkongsi informasi berkaitan zakat, wakaf dan infaq, di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada warga USIM dan masyarakat.
Diharapkan penyertaan ini dapat membuka ruang interaksi dan perkongsian yang bermanfaat, di samping memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti melalui semangat kesukarelawanan serta usaha menyebarkan manfaat kepada masyarakat.
