4 November 2019 – Al-iksan dengan kerjasama Puat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (PWZ) menganjurkan Bicara Keusahawanan dan Program Tambah Nilai Percuma. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang pelajar dan kesemuanya menerima tambah nilai percuma yang ditaja oleh PWZ manakala makanan percuma pula telah ditaja oleh Al-Ikhsan. Diharap program ini dapat menarik minat pelajar untuk menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang kelak dan memberi ilmu yang begitu berguna dan berkekalan.