11 September, ALOR SETAR – Delegasi USIM telah berkunjung ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pada hari Ahad yang lalu.

Delegasi USIM terdiri daripada YBhg Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM, YBhg. Prof. Madya Dr. Asmaddy Haris, Penolong Naib Canselor Penjanaan dan Kelestarian Kewangan, YBrs. Dr. Ainuddin Yushar Bin Yusof, Dekan Fakulti Pergigian, En. Mohamad Alif Marzuki, Penolong Pendaftar, Fakulti Pergigian, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi , Chief Information Officer USIM, YBrs. Ts. Khadijah Chamili, Pengarah, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan, Ts. Yussavialina Hamdan, Timbalan Pengarah, Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan. Turut hadir bersama, YBhg. Profesor Dr. Zurina Shafii, Pengarah PWZ dan Ybrs. Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed, Timbalan Pengarah PWZ, Cik Hakimah Hamir, Pegawai Pentadbiran, Pusat Wakaf dan Zakat dan Cik Nurul Husna Annuar, Penolong Pendaftar, Pusat Wakaf dan Zakat.

Delegasi USIM disambut baik oleh Ybhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) seterusnya warga LZNK. Turut bersama adalah Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa, Ketua Pegawai Operasi, Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah.

Majlis Kunjungan Hormat dan Perbincangan Strategik ini berakhir pada 12.30 tengah hari. Semoga pertemuan antara LZNK dan USIM ini diberkati dan beroleh manfaat bersama kepada ummah. Sekalung penghargaan sekali lagi diucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas penerimaan kunjungan hormat daripada Delegasi USIM ini.