30 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2022, 𝑵𝑰𝑳𝑨𝑰 – Alhamdulillah, pada hari Rabu yang barakah ini, Majlis Apresiasi Barakah Badan Korporat PWZ Tahun 2022 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi LPU USIM.
Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, Prof Madya Dr. Nurul Aini Muhamed, Timbalan Pengarah PWZ dan ahli JKPU serta 14 badan korporat yang merupakan penyumbang dana zakat pada tahun 2020-2022.
Majlis ini merupakan sesi penghargaan kepada para penyumbang yang sudi memberi sumbangan kepada Pusat Wakaf dan Zakat USIM bagi pembangunan pelajar dan universiti. Pihak PWZ dan USIM turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi LPU, Naib Canselor USIM, institusi korporat dan pihak yang berkaitan kerana membantu mengurangkan beban kewangan asnaf di USIM.
Semoga usaha ini merupakan satu batu loncatan kepada kemampanan dan kelestarian kewangan USIM dalam memperkenalkan USIM dalam kalangan masyarakat.