19 Jun 2019 – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) telah berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Memorandum ini ditandatangani oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM dan YBhg. Dato’ Dato’ Rosman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat.
MoA ini merupakan kerjasama dan kolaborasi pertama dalam kalangan Universiti Awam (UA) bersama Bank Rakyat dengan tujuan menyediakan platform bagi sumbangan wakaf tunai.
Manfaat dari sumbangan wakaf tunai tersebut akan digunakan bagi tujuan pendidikan, penyelidikan serta kebajikan kepada masyarakat awam terutamanya warga USIM dalam kalangan pelajar dan kakitangan yang memerlukan.
Projek wakaf tunai ini pastinya akan memberi manfaat yang besar terhadap USIM dalam membantu golongan yang memerlukan disamping mewujudkan jalinan kerjasama yang utuh bersama organisasi korporat.