27 Ogos 2020 – USIM melalui Naib Canselor menerima zakat berjumlah RM30,000 yang disumbangkan oleh Bank Rakyat yang diwakili oleh Tuan Norahim Buang, Pengarah Wilayah Bank Rakyat Selatan Semenanjung dalam satu majlis di Canselori pada hari ini. Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk asnaf USIM dalam kalangan pelajar dan staf yang memerlukan.