25 Oktober 2019 –  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menerima sumbangan zakat korporat sebanyak RM60,000 daripada Maybank Islamic Berhad yang juga merupakan rakan startegik USIM. Maybank telah menghantar 12 wakil untuk menghadiri majlis ini dan USIM diwakili oleh Bendahari, Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah di sampaikan oleh Tuan Zeinal Annual Tuan Noor, Regional Director (RD), Region Selangor & Negeri Sembilan kepada  Bendahari USIM, . Untuk pengagihan zakat ini, pihak universiti akan memberi keutamaan kepada pelajar asnaf yang belajar di USIM.

PWZ sebagai wakil USIM mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberi. Semoga sumbangan ini dapat membantu golongan pelajar asnaf di USIM dan mengeratkan lagi hubungan strategik USIM dan Maybank.