12 September 2019 –  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM telah menerima sumbangan zakat korporat sebanyak RM100,000 daripada SME Bank yang juga merupakan rakan startegik USIM. Pada majlis ini, SME Bank telah mengagihkan sebanyak RM1.16 juta kepada lapan rakan strategik yang terdiri daripada tiga buah hospital dan lima institusi pengajian tinggi awam dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah di sampaikan oleh Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank kepada Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd , Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Untuk pengagihan zakat ini, pihak universiti akan memberi keutamaan kepada pelajar asnaf yang mengikuti kursus berkaitan perniagaan atau keusahawanan dengan jumlah minimum CGPA 3.0 setiap semester. Semua penerima zakat ini adalah dari golongan B40.”

PWZ sebagai wakil USIM mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberi. Semoga sumbangan ini dapat membantu golongan pelajar asnaf di USIM dan mengeratkan lagi hubungan strategik USIM dan SME Bank.