Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf dan seterusnya boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.
<< Kira Zakat Anda di Sini
BULETIN PWZ
𝐌𝐄𝐌𝐎 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐋.𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓
❗PERHATIAN BAGI PELAJAR PERTAMA KALI MEMOHON ZAKAT❗ 1.Klik Pautan : [...]
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐒𝐈𝐌
Pusat Wakaf dan Zakat USIM dengan seikhlas hati ingin mengucapkan [...]










