Your Content Goes Here 70

PENGENALAN

Your Content Goes Here

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, pertama USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf. Kedua, USIM boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.

Sebagai sebuah universiti yang mempelopori Sains Islam, pihak pengurusan USIM merasakan adalah suatu kewajipan warga Universiti untuk menjayakan pengurusan pembiayaan wakaf supaya kepakaran yang ada di USIM dapat memberi manfaat kepada ummah dari segi pemantapan pendidikan Islam.  Idea mewujudkan universiti hybrid yang ingin dilaksanakan USIM adalah gabungan konsep social enterprise, syariah compliant dan waqf financing. Mantan Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr Asma Ismail, dalam ucapan Tahun Baharu 2013, beliau telah mengenalpasti pembiayaan wakaf sebagai sumber pembiayaan yang lestari untuk pembangunan di USIM untuk kegunaan warga universiti dan masyarakat.

asddddddd

f

f

f

f

ffffffffffffffffffffff

ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffcd