26 Ogos 2019 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mengadakan pra pelancaran pembukaan kaunter zakat di Pusat Islam USIM. Tujuan utama pembukaan kaunter ini adalah memudahkan kakitangan dan pelajar USIM untuk berzakat dan berwakaf melalui PWZ. Selain itu, kaunter ini juga memudahkan kakitangan dan pelajar untuk memohon bantuan zakat tanpa perlu ke pejabat PWZ di canselori. Semoga dengan adanya kaunter ini dapat memudahkan urusan Warga USIM