30 Jun : Untuk kali ke-2 Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dengan kerjasama pasukan MIG dan PruBSN Prihatin telah mengadakan program celik Kewangan. Program ini merupakan salah satu inisiatif PWZ untuk berkongsi ilmu pengurusan kewangan bersama staf terutama dari kalangan penerima zakat.