24 Februari 2018 – Bertempat di Akademi Percukaian Malaysia (APM), Bangi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menganjurkan Program Fit Hasil 2018 sempena Hari Hasil Ke-22 pada 24 Februari 2018 lalu. Program ini yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Seri Sabin Samitah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat sekitar.
Datuk Seri Sabin Samitah berkata, hubungan baik yang terbentuk itu secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran pentingnya untuk melunaskan cukai di kalangan rakyat. “Program ini sudah memasuki tahun ketiga penganjuran dan dirangka sebagai sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari Hasil Ke-22 pada 1 Mac depan.
“Di samping mempromosikan gaya hidup sihat, saya melihat Fit Hasil sebagai langkah terbaik ke arah pengurusan tekanan bagi membentuk kakitangan yang sihat mental dan fizikal,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program berkenaan di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, dekat sini hari ini. (petikan dari Utusan Malaysia)
Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah dijemput LHDNM untuk mengadakan pameran sepanjang program tersebut berlangsung. PWZ telah mempromosikan kepada pengunjung berkenaan produk – produk wakaf yang telah wujud di Universiti Sains Islam Malaysia dan kepentingan wakaf kepada masyarakat .