14 November 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM (FPSK) telah mengadakan program pemberian wakaf Lab Coat dan Al-quran kepada 100 orang pelajar FPSK.

Majlis penyerahan ini dirasmikan oleh Bendahari USIM Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil. Turut hadir adalah Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Dr. Mushaddad Hasbullah.

Harapan PWZ adalah program seperti ini dapat diadakan lagi bukan sahaja melibatkan FPSK tapi semua fakulti di USIM