28 Jun 2018 –  Hari ini USIM menerima 938 pelajar baharu Tamhidi (Matrikulasi) bagi sesi akademik 2018/2019. Pelajar baru ni terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang mendaftar di  Dewan Tengku Canselori (DTC) USIM. Daripada 14,442 hanya 1360 orang sahaja yang ditawarkan melanjutkan pengajian di USIM. Ramai ibubapa dan pelajar yang dijumpai meletakkan harapan yang tinggi kepada USIM.

Pusat Wakaf dan Zakat USIM mengambil peluang ini membuka kaunter PWZ semasa sesi pendaftaran ini berlangsung. Ramai dikalangan ibubapa dan pelajar singgah di kaunter PWZ. Majoriti dikalangan ibubapa memberi respon yang positif kewujudan PWZ di USIM.