6 Jun 2018 –  Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah dijemput oleh Majlis Daerah Jelebu (MDJ) untuk memberikan taklimat berkaitan wakaf dan zakat, program ini merupakan salah satu usaha PWZ bagi mewujudkan kesedaran masyarakat  akan kepentingan wakaf kepada umat Islam. Program ini juga dapat berkongsi maklumat dan isu-isu semasa berkaitan wakaf.

Kehadiran staf MDJ ke talimat wakaf PWZ menunjukkan masih ramai umat Islam yang perihatin tentang wakaf. Universiti Al-azhar merupakan sebuah universiti yang menjadi contoh universiti yang dibiayai oleh hasil wakaf umat Islam. Jelaslah bahawa wakaf memberi impak yang sangat baik kepada umat Islam. PWZ mengharapkan lebih ramai umat Islam menyedari perkara ini pada masa akan datang.