Nilai, 18 September 2026 – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan Jabatan Audit Negara (JAN) bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi melaksanakan sesi audit di Pejabat PWZ.

Sesi audit yang dilaksanakan oleh JAN dengan kerjasama pihak MAINS tersebut bertujuan untuk meneliti dan menilai aspek tadbir urus dan pengurusan dana zakat di PWZ.

Sesi audit ini mencerminkan komitmen PWZ USIM dalam memastikan pengurusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berakauntabiliti selaras dengan tadbir urus yang ditetapkan.