𝑺𝒆𝒓𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏, 21 September 2026 – Wakil Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghadiri Mesyuarat Pelarasan Perjanjian Zakat antara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan USIM yang berlangsung di Ibu Pejabat MAINS, Seremban.
Mesyuarat tersebut membincangkan perkara berkaitan 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐨𝐟 𝐀𝐠𝐫𝐞𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐌𝐨𝐀) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐖𝐙 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐒, khususnya berhubung kandungan serta terma-terma perjanjian berkaitan pengurusan zakat.
Perbincangan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak menyelaras kandungan perjanjian serta memperincikan perkara berkaitan kerjasama pengurusan zakat antara PWZ USIM dan MAINS.
