Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) yang kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf dan seterusnya boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.
<< Kira Zakat Anda di Sini
BULETIN PWZ
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐏 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚
Pusat Wakaf dan Zakat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anak syarikat [...]
𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐔𝐒𝐈𝐌 (𝐀𝐊𝐒𝐈𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Wakaf dan Zakat USIM dipilih [...]










